Ahad, 11 Disember 2011 2 ulasan

Andai Bukan Milik Aku

ANDAI BUKAN MILIK AKU

Datang dan pergi..
tidak di undang tidak juga di halau
tidak di pinta tidak juga di tolak
tapi takdir itu tertulis
Bukan Milikku

Merayu dalam tangisan darah
memanggil dengan laungan
mengejar dengan kelajuan
mengapai dengan keajaiban..
Namun jika bukan milikku..tetap bukan milikku..

Andai bukan milikku..'
aku pasrah dengan takdirmu
kerana segalanya adalah milikMu
yang dipinjamkan kepada manusia seperti aku..
Ahad, 4 Disember 2011 2 ulasan

Ombak Rindu Di Blue Lagoon

OMBAK RINDU DI BLUE LAGOON

Seindah kilas pandang
Mengundang lamunan menerbang
memaut sebuah kisah untuk si jelita
suatu masa pernah berpautan hatinya
didasar dibawah alunan ombak rindu

Sayup nun jauh
perlahan bayu membawa khabar
membawa secebis kisah silam
untuk dikenang dalam adunan
satu impian yang tak kesampaian

Rindu bertandang lagi
Blue Lagoon aku datang lagi
sebelum mimpi ini pergi
ingin juga ku nikmati
belaian buih buih penawar sepi

Ombak rindu Blue Lagoon
Yang tak pernah berhenti
Begitu juga rinduku ini
masih seperti dulu
sebelum kisah ini terhenti

*suatu masa suatu ketika - Blue Lagoon *

al-fatihah buat dirimu.
Selasa, 29 November 2011 0 ulasan

Kenangan Itu Pengajaran

Mengelamun melayangkan sejenak minda.Entah kemana tuju entah kemana arah.Tapi sesekali ianya singgah.Dari satu masa ke satu masa.Dari satu peristiwa ke satu peristiwa.Kenangan mengusik jiwa kekadang bergenang juga kelopak mata.Bukan kerana sedih pedih kecewa cinta.Bukan kerana terluka angkara dusta dan nista.Bukan juga kerana bunga mekar hilang dipetik orang.Tapi kerana..

Kerana aku mengenang silap langkah mengatur perjalanan.Sering tersadung kerana kealpaan.Sering terkandas kerana kecuaian.Sering terjatuh kerana dia sering dilupa.Mampukah rialitinya mengundur masa atau yang memang pasti itu hanya angan-angan semata.Bukan ibarat Mat Jenin melayan nafsu mengejar impian,bukan Lebai Malang yang mengadai hidup demi ketidakpastian dan tidak juga mengikut Pak Pandir mengukur bendul tanpa batasan.Tapi kerana aku manusia biasa..manusia yang kekadang tersasul dan terlanjur juga.sebab itulah tuhan itu sentiasa membuka pintu kemaafannya.untuk insan seperti aku yang kembali tersedar dari lamunannya.
Isnin, 28 November 2011 0 ulasan

Sementara Menunggu Mati

Dalam menempuh perjalanan yang jauh banyak yang terpaksa ditempuh.Suka duka kehidupan ,gelak tawa teman dan rakan tak lupa juga caci maki musuh dan lawan.Namun usah semai rasa resah yang berlebihan.Selagi mampu bertahan usahalah mencari kebaikan.Kenapa di keluh akan kesusahan sedangkan mencari kebahagian itu sering kita abaikan.

Sementara hayat dikandung badan..selagi itu kehidupan mesti diteruskan.Tapi sepanjang ke hadapan usah dilupa akan apa yang kita tinggalkan di belakang.Andai baik amal kehidupan senyaumlah tanda kesyukuran.Andai dosa menjadi permainan..kembalilah sujud mencuci penuh sesalan.Tiada daya itu kelemahan .. keinginan dan kesungguhan itu tanda keinsafan..

Perjalanan yang jauh namun tidak tahu dimana noktah..bersedia sebelum sampai titiknya..
 
;