Ahad, 6 November 2011

Kenapa Nak Telanjangkan Diri Sendiri

Ibarat pepatah pujangga purbakala,ibarat membuka pekung didada.Ya pekung..tahukan pekung itu kotor,jijik,hanyir dan macam-macam lagi yang boleh kita cakap tentang keadaan pekung itu.Tapi kenapa ramai yang suka dedah.Dedah sana sini,pukul canang agar orang tersedar dan terus pandang pekung itu.Untuk apa buat macam tu.Sebab nak cepat glamour..eh malu la weh buat cam tu.Rahsia peribadi biar simpan dan tutup rapat-rapat.

Manusia memang tak sempurna..mana ada yang tidak melakukan kesilapan.Tapi lagi silap kalau keburukan diri dengan selamba je tayang kat orang.Kan lagi baik simpan je dan dalam menyimpan tu kembalilah kepada fitrahnya..kembali kepada asal perjanjiannya.Perbaiki yang rosak,tampal yang koyak..teguhkan yang goyah.Sesungguhnya fakta yang nyata lagi bukan auta adalah..bukan semua boleh kita cerita kerana cerita yang tak kena dengan caranya boleh membunuh diri sendiri.

Dari Minda : aku hanya menulis sebagai ingatan diri sendiri dan yang sudi diingatkan..

Tiada ulasan:

 
;