Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Selasa, 24 Januari 2012 0 ulasan

Lara

Bila bicara
indah belaka susunan kata
tiada jumpa akan cacat dan cela
begitu sucinya dari pandangan mata.

Bila ketawanya
boleh menghapuskan duka lara
luruh resah berganti ceria
ikhlas ungkapannya menjadi punca.

Siapa tahu siapa menduga
siapa faham siapa yang mengerti
Siapa memandang siapa yang memerhati
hatinya ,jiwanya,hidupnya atau laranya.

Kerana luaran bukan penentu segala
fahamilah,sedarilah dari sudut minda manusia.
Ahad, 11 Disember 2011 2 ulasan

Andai Bukan Milik Aku

ANDAI BUKAN MILIK AKU

Datang dan pergi..
tidak di undang tidak juga di halau
tidak di pinta tidak juga di tolak
tapi takdir itu tertulis
Bukan Milikku

Merayu dalam tangisan darah
memanggil dengan laungan
mengejar dengan kelajuan
mengapai dengan keajaiban..
Namun jika bukan milikku..tetap bukan milikku..

Andai bukan milikku..'
aku pasrah dengan takdirmu
kerana segalanya adalah milikMu
yang dipinjamkan kepada manusia seperti aku..
 
;