Jumaat, 25 Mei 2012 0 ulasan

Perjuangan


Masih jauh dari jangkauan jika hanya berkata-kata tanpa perbuatan.Tanpa usaha tanpa doa apa lagi tidak tawakal mana mungkin keinginan akan terlaksana. Sampaikan maksud jangan ada yang sorok-sorok.Tekadkan hati jangan hanya bermain dalam mimpi.

Perjuangan belum selesai.. selagi hayat dikandung badan.. insyaallah.
Selasa, 22 Mei 2012 0 ulasan

Jalan Itu


Tiada jalan pintas menuju kejayaan.Yang berliku itu harus ditempuh.Tersilap langkah kembali di perkemaskan.Tersadung kaki , bangun membangkit semangat.Cergas berlarilah , letih berjalanlah , tiada upaya berhentilah dan renungkan dimana silap , perbaiki sebelum teruskan perjalanan..

Hidup Mesti terus walaupun terpaksa menentang arus.
 
;