Selasa, 22 Mei 2012 0 ulasan

Jalan Itu


Tiada jalan pintas menuju kejayaan.Yang berliku itu harus ditempuh.Tersilap langkah kembali di perkemaskan.Tersadung kaki , bangun membangkit semangat.Cergas berlarilah , letih berjalanlah , tiada upaya berhentilah dan renungkan dimana silap , perbaiki sebelum teruskan perjalanan..

Hidup Mesti terus walaupun terpaksa menentang arus.
Khamis, 23 Februari 2012 0 ulasan

Belajar Dari Pengalaman


Kecewa..hampa...namun pengalaman itu lebih berharga.Belajar dari pengalaman demi sesuatu yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Skuad negara tewas 0-4 kepada Jepun dalam saingan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selasa, 24 Januari 2012 0 ulasan

Lara

Bila bicara
indah belaka susunan kata
tiada jumpa akan cacat dan cela
begitu sucinya dari pandangan mata.

Bila ketawanya
boleh menghapuskan duka lara
luruh resah berganti ceria
ikhlas ungkapannya menjadi punca.

Siapa tahu siapa menduga
siapa faham siapa yang mengerti
Siapa memandang siapa yang memerhati
hatinya ,jiwanya,hidupnya atau laranya.

Kerana luaran bukan penentu segala
fahamilah,sedarilah dari sudut minda manusia.
Ahad, 15 Januari 2012 3 ulasan

Sekadar Buat Renungan


Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.

Untuk ingatan diri ini yang serba kekurangan.
 
;