Mengelamun melayangkan sejenak minda.Entah kemana tuju entah kemana arah.Tapi sesekali ianya singgah.Dari satu masa ke satu masa.Dari satu peristiwa ke satu peristiwa.Kenangan mengusik jiwa kekadang bergenang juga kelopak mata.Bukan kerana sedih pedih kecewa cinta.Bukan kerana terluka angkara dusta dan nista.Bukan juga kerana bunga mekar hilang dipetik orang.Tapi kerana..
Kerana aku mengenang silap langkah mengatur perjalanan.Sering tersadung kerana kealpaan.Sering terkandas kerana kecuaian.Sering terjatuh kerana dia sering dilupa.Mampukah rialitinya mengundur masa atau yang memang pasti itu hanya angan-angan semata.Bukan ibarat Mat Jenin melayan nafsu mengejar impian,bukan Lebai Malang yang mengadai hidup demi ketidakpastian dan tidak juga mengikut Pak Pandir mengukur bendul tanpa batasan.Tapi kerana aku manusia biasa..manusia yang kekadang tersasul dan terlanjur juga.sebab itulah tuhan itu sentiasa membuka pintu kemaafannya.untuk insan seperti aku yang kembali tersedar dari lamunannya.
Selasa, 29 November 2011
Dari Minda | Kenapa Disandar Pada Kenangan
0
ulasan
Kenangan Itu Pengajaran
Dalam menempuh perjalanan yang jauh banyak yang terpaksa ditempuh.Suka duka kehidupan ,gelak tawa teman dan rakan tak lupa juga caci maki musuh dan lawan.Namun usah semai rasa resah yang berlebihan.Selagi mampu bertahan usahalah mencari kebaikan.Kenapa di keluh akan kesusahan sedangkan mencari kebahagian itu sering kita abaikan.
Sementara hayat dikandung badan..selagi itu kehidupan mesti diteruskan.Tapi sepanjang ke hadapan usah dilupa akan apa yang kita tinggalkan di belakang.Andai baik amal kehidupan senyaumlah tanda kesyukuran.Andai dosa menjadi permainan..kembalilah sujud mencuci penuh sesalan.Tiada daya itu kelemahan .. keinginan dan kesungguhan itu tanda keinsafan..
Perjalanan yang jauh namun tidak tahu dimana noktah..bersedia sebelum sampai titiknya..
Ego yang terobek diatas sikap sendiri.Lupa siapa kawan siapa lawan.Lupa dimana pengorbanan sehingga dipijak-pijak rasa hormat.Itukah yang diagungkan oleh bangsa yang merdeka.Bangsa yang mengatakan itu mereka punya..ini mereka punya..kau curi kau tiru.Hebat bukan..ambilah..simpanlah apa yang kau kata milikmu.
Tapi sedarlah,kehidupan ini bukan untuk berlagak.Hidup untuk membina satu kehidupan berlandaskan ketertipan
dari fitrah sejak ianya tercipta.Usah kau ingat,ketenangan itu tiada kocaknya,kerana semakin di lanyak semakin padat..semakin kukuh..kami akan datang dengan cara yang halus..cara yang hormat..nanti baru jatuh air muka..baru nak kata kita damai..terlambat atau belum untuk kau sedari..fikirkanlah sendiri.
Cuba ku selami..telah cuba ku harungi..tak cukup dengan itu..cuba juga ku pautkan hati padanya..namun aku masih gagal memahami..kehendaknya..kemahuannya..keinginannya..oh..atau itu hanya permainan nafsu.Semakin ku bertanya semakin kusut serabut kalut..apa apa apa dan mengapa dia bersikap demikian.Kenapa masih ada yang suka memaling sedangkan wajahnya menatap..itukah tandanya tidak ada keikhlasan.
Hendak juga aku bakar api permusuhan..hendak juga ku canang gendang perang..tapi aku bukan jenis berdendam..aku bukan manusia yang berperangai macam-macam..cukup aku katakan aku hanya ada prinsip..bukan musuh ku cari..cuma aku mahu mencari rezeki.Selagi ada waktu..aku cuba mencari sesuatu..
Usah di simpan marah dalam senyum..usah hanya tersenyum kerana menjaga hati kerana dibelakangnya calar hati di hiris..pedih itu sengsara namun belum tentu aku akan melara..aku mesti kuat..demi sesuatu.
Hendak juga aku bakar api permusuhan..hendak juga ku canang gendang perang..tapi aku bukan jenis berdendam..aku bukan manusia yang berperangai macam-macam..cukup aku katakan aku hanya ada prinsip..bukan musuh ku cari..cuma aku mahu mencari rezeki.Selagi ada waktu..aku cuba mencari sesuatu..
Usah di simpan marah dalam senyum..usah hanya tersenyum kerana menjaga hati kerana dibelakangnya calar hati di hiris..pedih itu sengsara namun belum tentu aku akan melara..aku mesti kuat..demi sesuatu.
Langgan:
Catatan (Atom)

- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact